Bos SEB Torstein Dale Sjotveit telah terpaksa mengakui bahawa turbin-turbin yang dipasang di Empangan Tenaga Hidro Murum didapati “tidak sesuai dipasang dan digerakkan”, walaupun kesemua turbin itu telah terpasang.
Dia terpaksa mengumumkan ini sebagai “fakta” selepas Sarawak Report menerbitkan suatu laporan berahsia berkenaan keadaan turbin-turbin buatan China, yang ditauliahkan oleh SEB dari syarikat Norway, Norconsult.
Penemuan itu timbul selepas ujian-ujian pemeriksaan, yang dijalankan pada tahun lepas, dan SEB dipercayai telah menerima laporan rasmi dalam bulan Mac tahun ini.
Namun, keadaan itu telah dirahsiakan sehingga Sarawak Report membocorkan maklumatnya pada hari Jumaat lalu.
Akan tetapi, Torstein Sjotveit telah menuduh bahawa Sarawak Report “telah memutarbelitkan fakta-fakta” dan mengatakan bahawa penemuan itu merupakan “rutin” semata-mata.
Dia juga mendakwa bahawa tindakan untuk membaikpulih dan mengimpal semula turbin-turbin di tapak itu tidak seharusnya merisaukan terutamanya di segi kos berlebihan dan kelewatan.
Dia mendakwa bahawa loji tenaga di Murum adalah “selamat sepenuhnya”!
Jika di negara kelahirannya di Norway Torstein pasti akan diajukan beberapa soalan berupa soalsiasat dan pemeriksaan oleh pihak media, seperti yang dia faham.
Satu persoalan penting adalah apakah kriteria yang membolehkan pemeriksaan ini dikatakan telah dilakukan pada “peringkat awal”?
Lagi turbin-turbin itu telah didapati “tidak sesuai dipasang” sedangkan kesemua turbin itu telah siap dipasang.
Para pakar telah mengesahkan kepada Sarawak Report, bahawa tempat yang paling sesuai untuk membetulkan kecacatan serius pada turbin-turbin yang dipercayai boleh mendatangkan malapetaka adalah di bengkel mesin.
Para pakar juga telah mengesahkan kepada Sarawak Report bahawa cubaan untuk membaipulih kerosakan pada kipas itu di tapak empangan sendiri bukan sahaja menyukarkan dan merbahaya, namun besar kemungkinannya gagal, terutamanya untuk kegunaan jangka masa yang panjang.
Menurut pakar kejuruteraan empangan Professor Daniel Kammen dari Universiti Berkley, California yang ditemubual oleh Sarawak Report pada minggu lepas, kerja-kerja baikpulih ditapak empangan itu sendiri adalah suatu usaha yang luar biasa.
Menurutnya, walaupun amalan membaikpulih di tapak empangan itu mungkin pernah dilakukan, dia belum pernah mendengar mengenainya dan pada pendapatnya amalan sedemikian tidak akan berjaya sepenuhnya untuk kegunaan sebuah stesen janakuasa tenaga hidro yang berkesan.
Ini kerana kesemua turbin itu harus ditetapkan, dan melakukan penetapan di tapak empangan adalah lebih sukar berbanding di bengkel itu sendiri.
Turbin-turbin yang cacat, seperti yang telah dipasang di Murum, akan mengisar bebola galas dan dalam masa yang singkat, akan pecah. Kos dari kerosakan berkenaan pengeluaran tenaga elektrik dan produktiviti dari empangan itu adalah amat besar.
Kini kami boleh menerbitkan salinan dokumen yang kami terima dan surat yang berkaitan (lihat juga salinan yang di bahagian akhir artikel ini).
Surat dan dokumen itu menunjukkan bahawa Pengurus Teknikal, Frankie Chin, adalah orang yang paling risau di mana isu-isu penting harus dinilai dan diselesaikan dengan mengambil keputusan luar biasa dalam usaha untuk membetulkan turbin-turbin yang cacat pada tapak empangan.
Dalam senarai yang dibuat oleh Chin adalah keselamatan pekerja. Dokumen itu menuntut jaminan daripada syarikat Three Gorges Dam bahawa keadaan kerja yang merbahaya untuk menjalankan kerja-kerja kimpalan di tempat yang terlampau tinggi di tapak turbin itu adalah selamat. Dia merujuk pada keadaan pengudaraan dan gas merbahaya dan kemungkinan keracunan gas dan kebakaran.
Dia ingin mendapatkan jaminan bahawa para pekerja kimpalan akan melakukan baikpulih yang sukar seperti bekerja secara terbalik dan dari pelbagai sudut.
Ianya bukan setakat mengambilkira keselamatan, malah kos baikpulih
Chin telah mempastikan bahawa banyak peralatan dan kelengkapan yang baru akan diperlukan di samping mengupah pekerja baru yang mahir dalam bidang itu. Maka, kenapakah Torstein mengatakan tiada sebarang kos dilibatkan atau tiada masalah di segi kelewatan?
SEB telah menuntut agar kos membetulkan kecacatan pada turbin itu ditanggung oleh kontraktor mereka seperti syarikat Three Gorges Dam.
Namun, tanpa menjawab persoalan yang dikemukakan, Torstein telah menumpukan usahanya menganjurkan majlis meraikan para wartawan tempatan yang meliputi mengenai SCORE. Usaha ini merangkumi membiayai majlis makan malam untuk para wartawan tempatan pada malam Jumaat lalu di samping menyampai beberapa anugerah kewartawanan (semua dibiayai menggunakan dana awam).
‘Kerja baikpulih’ di Murum itu merupakan tanda-tanda seperti melepaskan batuk di tangga.
Lagi pun dia pernah mengatakan bahawa dia akan ‘membangunkan’ Sarawak untuk faedah rakyat Sarawak sendiri, kini bos SEB itu telah membuat keputusan meletakkan jawatannya seawall bulan Oktober nanti.
Torstein, dan para kontraktor dari China akan menunjukkan satu pencapaian bersama, iaitu mempersembahkan sebuah empangan yang akan beroperasi selama setahun atau lebih sahaja, sehingga ke semua mereka telah balik ke negara asal mereka, dengan membawa bersama mereka saham-saham dari projek yang dibiayai menggunakan wang pinjaman negeri Sarawak.
Kebanyakan wang keuntungan itu telah dimasukkan ke dalam akaun syarikat-syarikat milik keluarga bekas Ketua Menteri, yang mentauliahkan projek itu.
Dia telah melakukan sesuatu kerja yang kurang baik dan dilihat sebagai tidak cekap.
Laporan Norconsult telah menggariskan scenario yang buruk jika seandainya turbin-turbin itu berlaku kegagalan. Paling buruk, menurut mereka, akan berlaku malapetaka yang akan menyebabkan banjir dan kebakaran dalam loji pam.
Media Malaysia pernah melaporkan bencana dalam 2009 yang menyaksikan kemalangan akibat kerosakan empangan elektrik hidro di Rusia. 75 orang pekerjanya terbunuh, setelah kipas turbin yang tidak diatur dengan sempurna telah tercabut dan menghempap loji pamnya, menyebabkan banjir dan kemusnahan berskala besar.
Maka, apakah maksud Torstein dengan mengatakan bahawa empangan Murum adalah selamat sepenuhnya?
Keangkuhan Torstein mencerminkan bahaya di samping keenggannya memohon maaf.